Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ally Iskandar ‘muka baharu’ Bernama TV
  • HIBURAN

Ally Iskandar ‘muka baharu’ Bernama TV

Utusan Sarawak 2 months ago
ALLY Iskandar kini menyertai Bernama TV sejak 1 Mac lepas.

WARTAWAN penyiaran berpengalaman yang sebelum ini berkhidmat di sebuah stesen televisyen swasta, Ally Iskandar kini menyertai Bernama TV sejak 1 Mac lepas.

Ally Iskandar atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 49, berkata tugasnya di Bernama TV membolehkan beliau terus mendalami dunia kewartawanan yang menjadi jiwanya sejak sekian lama.

Buat masa ini beliau bertanggungjawab mengendalikan program Ruang Bicara yang bersiaran pada 9.00 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

“Kali pertama saya bersiaran pada 11 Mac lepas. Saya masih dalam fasa pembelajaran, memahami lenggok dan personaliti ‘Ruang Bicara’ itu sendiri.

“Program ini dikategorikan sebagai ‘hard talk’, tetapi perbincangannya tetap mengekalkan suasana yang meriah dan mendalam bersama-sama dengan tetamu dan rakan pengacara lain,” katanya kepada Bernama.

Walaupun berpengalaman lebih dua dekad dalam bidang penyiaran, bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu mengakui Bernama membawa cabaran baharu yang memerlukannya menyesuaikan diri dengan standard pelaporan berita yang berbeza.

“… dari segi glamour itu mungkin tidak, tetapi dari segi kredibiliti dan integriti pelaporan… itulah Bernama. Jadi, bila masuk Bernama, pemikiran kita kena ubah. Saya kena jadi macam ‘rookie’ balik, saya perlu ‘unlearn’ dan ‘relearn’.

“Macam budak baharu… belajar selok-belok bagaimana pelaporan berita dibuat, penyampaian temu bual dibuat dan sebagainya,” katanya.

Tidak hanya itu, Ally Iskandar juga memberi khidmat latihan dan konsultasi kepada syarikat korporat, universiti, sekolah serta perusahaan kecil dan sederhana dalam membantu mereka memahami dan menguruskan pemasaran digital serta penggunaan platform media dengan lebih berkesan.

“Sekarang ini semua orang memerlukan media untuk pemasaran, tetapi tidak semua arif tentang cara penggunaannya. Jadi, saya memberi pendedahan tentang cara menguruskan pemasaran secara digital,” katanya. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Black, Adira bergabung dalam Syawal Rindu
Next: Sharifah Zarina, Athalia duet lagu raya Oohaa Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.