Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Allan, isteri lawat kawasan terjejas banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Allan, isteri lawat kawasan terjejas banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
LAWAT… Allan Siden Gramong melawat sekitar kawasan yang terputus jalan akibat banjir.

MACHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong, bersama isterinya, Dinamicayanti Daris, melawat beberapa kawasan yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh dan banjir yang melanda daerah Machan baru-baru ini.

Semasa lawatan tersebut, Allan dan isterinya mengunjungi Rumah Morris Jubit di Batu Luking yang terkesan dengan tanah runtuh pada 2.00 pagi Rabu lalu.

Kejadian tersebut menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan rumah panjang yang terdiri daripada 13 pintu.

ALLAN Siden Gramong melawat di sekitar kawasan tanah runtuh di Rumah Morris.
ALLAN Siden Gramong melawat ke PPS di Kompleks Sukan Kanowit.

Selain itu, beliau turut meninjau beberapa jalan yang terputus akibat banjir dan tanah runtuh, termasuklah jalan runtuh di Rumah Surat dan SMK Kanowit, serta jalan-jalan utama seperti Jalan Lipus, Melipis, Rantau Kemiding dan Mam yang juga terjejas.

Lawatan diteruskan ke Rumah Jelita Jipun Serugin, yang mana paras air telah meningkat sehingga dua kaki di jalan masuk dan empat kaki di penghujung jalan.

Allan juga meluangkan masa untuk melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sukan Kanowit, yang kini menempatkan 26 ketua isi rumah dan 81 mangsa banjir.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Dennis Bunyam.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah terbuka wadah pupuk semangat perpaduan
Next: TBC bawa kejayaan, manfaat kepada rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.