
KISAH cinta Hud dan Syikin kembali di Slot Akasia TV3. Setelah berjaya mencuri hati penonton menerusi musim pertama, Bukan Sekadar Lafaz 2 kini hadir dengan lebih banyak konflik emosi yang menguji sebuah perkahwinan.
Drama ini menemui penonton mulai 27 Februari 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, 6.58 malam di slot Akasia TV3, serta boleh distrim di iQIYI pada 8.00 malam secara percuma.

Diterbitkan oleh produksi Pencil Pictures & Records, drama bersiri 28 episod ini masih mengekalkan barisan pelakon hebat seperti Alif Satar, Wanna Ali, Isyariana, Ahmad Idham, Wanns Ahmad, Zac Zaky, Mia Nasir dan ramai lagi.
Bukan Sekadar Lafaz 2 akan membawa penonton menyelami kehidupan Hud (Alif Satar) dan Syikin (Wanna Ali) yang berdepan dengan pelbagai cabaran hingga mengancam kestabilan hubungan rumah tangga mereka.
Setelah empat tahun berkahwin, impian Hud dan Syikin untuk menimang cahaya mata masih belum tercapai. Ketiadaan zuriat menjadi dugaan besar yang menguji kesabaran dan kepercayaan mereka terhadap satu sama lain.
Sehinggalah suatu hari mereka membuat rawatan dan mengetahui punca sebenar adalah daripada Hud. Setelah beberapa kali gagal dengan rawatan IVF, Syikin nekad untuk mengambil anak angkat, Cempaka, demi melengkapkan keluarga kecil mereka.
Ketegangan dalam rumah tangga mereka semakin memuncak dengan kehadiran Aira (Isyariana), sepupu kepada Khalid yang juga merupakan seorang peguam dan telah banyak membantu Hud dalam urusan perniagaan.

Syikin yang mula sibuk dengan urusan penjagaan Cempaka, pula menyebabkan Hud berasa tersisih. Hubungan mereka semakin renggang, mencetuskan persoalan dan dilema yang menggugat kepercayaan Syikin terhadap suaminya.
Kekuatan ikatan perkahwinan mereka akan diuji dengan lebih hebat dalam musim baharu ini yang akan membuatkan para penonton sentiasa menantikan episod baharu setiap hari.
Salah faham, ketidakpastian, dan campur tangan pihak luar semakin merumitkan keadaan, memaksa mereka membuat keputusan yang sukar.
Mampukah mereka mempertahankan hubungan ini, atau takdir membawa mereka ke arah berbeza? Semua persoalan ini akan terjawab dalam Bukan Sekadar Lafaz 2.
Wanna Ali, kembali membawakan watak Syikin, turut berkongsi cabaran dalam musim kedua ini. “Kali ini, perjalanan Syikin jauh lebih mencabar kerana dia berdepan dengan situasi yang lebih berat dan emosi yang lebih kompleks.
“Sebagai pelakon, saya perlu benar-benar menghayati pergolakan perasaan yang dialaminya. Saya percaya kisah ini akan menyentuh hati ramai penonton kerana ia memaparkan dilema yang wujud dalam realiti kehidupan pasangan suami isteri di luar sana,” katanya.

Dengan jalan cerita yang lebih dramatik, dipenuhi kejutan dan sarat emosi, Bukan Sekadar Lafaz 2 menjanjikan pengalaman yang lebih mendalam buat penonton sepanjang Ramadan ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah penuh emosi ini dan ketahui perjalanan Hud dan Syikin menuju pengakhiran yang bakal mengubah hidup mereka.
Penonton iQIYI VIP boleh strim episod terkini secara ekspres di aplikasi iQIYI – tepat 8.00 malam pada hari yang sama. Episod baharu juga boleh ditonton secara PERCUMA – 48 jam selepas tayangan. Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store sekarang.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda.
Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. – TV3