Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Alexander adakan sesi walkabout PJM
  • TEMPATAN

Alexander adakan sesi walkabout PJM

Utusan Sarawak 3 years ago

KAPIT: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakan sesi walkabout di Program Jualan Malaysia (PJM) ‘Rancak Hari Gawai’ di pekarangan Dewan Suarah Kapit, semalam. 

PJM merupakan sebahagian daripada usaha pemulihan ekonomi yang sedang diusahakan oleh KPDNHEP menerusi sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan berteraskan konsep 3R iaitu Recovery (pemulihan), Revive (menghidupkan semula) dan Revitalise (merancakkan) dijangka menjana dan menyumbang kepada sasaran nilai jualan sebanyak RM500 bilion menjelang akhir tahun ini. 

Selepas selesai  sesi walkabout, Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit merasmikan pembukaan Pasar Raya Keluarga yang baharu dibuka di Kapit. 

Pasar Raya Keluarga menawarkan pilihan kepada warga Kapit untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan dan murah. 

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP,  Dato’ Azman Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdayaupayaan Pengguna), Datin Roszanina Wahab, Pengarah Kanan-Sektor Barang Kawalan & Subsidi, Dato’ Stanley Tan, Timbalan Pengarah KPDNHEP Sarawak, Peter J.Berinus Agang serta yang lain. 

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Promosi masakan Borneo sempena Gawai
Next: Sarawak bincang hala tuju EV, bahan api hidrogen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.