Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Alaska Airlines batal semua penerbangan pesawat 737 MAX-9  hingga Sabtu
  • GLOBAL

Alaska Airlines batal semua penerbangan pesawat 737 MAX-9  hingga Sabtu

Utusan Sarawak 1 year ago
ALASKA Airlines berkata setakat pagi semalam, pihaknya telah memutuskan untuk membatalkan semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu ini.

WASHINGTON: Alaska Airlines semalam mengumumkan pembatalan semua penerbangan yang melibatkan pesawat Boeing 737 MAX-9 sehingga Sabtu ini, lapor Agensi Berita Anadolu (AA).

Pengumuman itu dibuat sementara menunggu dokumentasi daripada Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) untuk memudahkan pemeriksaan ke atas pesawat 737-9 MAX, susulan insiden panel tingkap kabin pesawat tercabut pada Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata setakat pagi semalam, pihaknya telah memutuskan untuk membatalkan semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu ini.

“Kami berharap tindakan itu dapat memberikan pengguna lebih kepastian dan kami sedang berusaha untuk menempatkan pengguna yang terjejas ke penerbangan lain. 

“Pihak kami kesal dengan gangguan itu yang telah menyebabkan pengguna menghadapi kesulitan…,” menurut kenyataan itu.

Insiden itu telah menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan cemas di Oregon Amerika Syarikat (AS).

Pada Sabtu, pihak berkuasa juga telah mengeluarkan larangan sementara untuk kira-kira 171 pesawat Boeing 737 MAX-9 bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dijalankan. – Bernama – AA

Continue Reading

Previous: Turkiye kenakan denda AS$160,000 ke atas Meta
Next: Pilihan raya Taiwan hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.