Alan sedia rebut tempat

Facebook
WhatsApp
MEMBURU TEMPAT… Alan Lagang Keryer yang ketika ini menyertai kem latihan skuad bawah 19 tahun negara.

PENYERANG muda skuad Sarawak United III, Alan Lagang Keryer berazam memburu tempat untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan bawah 19 tahun bagi menghadapi Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 19 Tahun yang dijadual berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober nanti.

“Ketika ini saya masih bersama pasukan untuk sesi pemilihan sehingga 26 Julai nanti.

“Peluang yang ada ini akan dipergunakan sebaik mungkin untuk mengintai slot mewakili negara di kejohanan itu kelak,” katanya ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Menurut Alan, sudah seminggu beliau menjalani latihan bersama pasukan terbabit dibawah kendalian jurulatih Brad Maloney.

“Ramai muka baharu yang turut serta untuk pemilihan kali ini, dan tampak jelas persaingannya agak sengit,” tambahnya.

Anak kepada bekas penyerang lagenda Ngap Sayot (Keryer Meria) itu antara tonggak utama yang bakal menguatkan jentera serangan skuad Sukma Sarawak 2020 dibawah teraju Ahmad Fairuz Mohd. Yunus.

Sementara itu, Ahmad Fairuz yakin anak didiknya (Alan Lagang Keryer) mampu memberikan yang terbaik sepanjang sesi pemilihan.

“Dia berpengalaman dan sebelum ini pun pernah bermain dengan pasukan itu.

“Saya yakin bintang kelahiran Miri tidak akan mempersiakan peluang tersebut,” jelas Ahmad Fairuz.

Sambil melihat kredit dimiliki Alan Lagang tatkala berlatih bersama pasukan itu yang sekali gus dapat meningkatkan mutu permainannya.

Di samping dapat mencedok pengalaman daripada jurulatihnya (Brad Maloney) sepanjang sesi latihan dijalankan.

Oleh Faizal Bujang

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak