Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • AKPS KLIA gagalkan cubaan seludup kokain bernilai hampir RM1.5 juta
  • JENAYAH

AKPS KLIA gagalkan cubaan seludup kokain bernilai hampir RM1.5 juta

Utusan Sarawak 1 hour ago
Foto hiasan.

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis kokain seberat 3.3 kilogram, dianggarkan bernilai RM1.48 juta, pada Ahad lepas.

Komander Pintu Masuk KLIA AKPS Mohd Safrie Zakaria berkata, rampasan dilakukan di Balai Ketibaan Terminal 1 KLIA pada sekitar 8.00 malam daripada seorang penumpang lelaki warga Indonesia yang tiba dari Freetown, Sierra Leone melalui beberapa negara transit sebelum tiba di Malaysia.

“Pemeriksaan oleh pegawai AKPS dan kastam menggunakan mesin pengimbas mendapati terdapat imej mencurigakan pada beg tangan dan bagasi milik lelaki berusia 61 tahun itu. 

“Pemeriksaan lanjut menemukan tujuh paket kokain yang disyaki disorokkan pada lapisan dalam beg tangan serta bahagian sisi bagasi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua barang rampasan diserahkan kepada Unit Penguatkuasaan KLIA untuk tindakan lanjut.

Mohd Safrie juga berkata, AKPS akan terus mempertingkat kawalan dan pemantauan di pintu masuk Malaysia bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah selain memastikan keselamatan serta kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.