Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AirBorneo sasar destinasi ASEAN sempena Sukan SEA 2027
  • TEMPATAN

AirBorneo sasar destinasi ASEAN sempena Sukan SEA 2027

Utusan Sarawak 6 hours ago
MEGAT Ardian Wira bercakap pada sesi pembentangan meja bulat AirBorneo bersama media di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

KUCHING: AirBorneo Airways (AirBorneo) menyasarkan untuk memperluaskan hubungan udara ke destinasi ASEAN menerusi penerbangan berjadual dan sewa khas (charter) sebagai persediaan menyokong penganjuran Sukan SEA 2027 serta membuka pasaran baharu kepada Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata, syarikat itu berharap dapat menjadi syarikat penerbangan rasmi bagi temasya berkenaan yang bakal memberi peluang memperkukuh hubungan udara serantau.

“Menjelang awal tahun depan, AirBorneo dijangka mempunyai dua hingga tiga destinasi ASEAN melalui penerbangan berjadual.

“Namun, terdapat beberapa destinasi ASEAN yang kami masih belum terbang secara berjadual.

“Destinasi tersebut adalah antara yang boleh kami mulakan melalui penerbangan sewa khas,” katanya.

MEGAT Ardian Wira bersama kru kabin yang mengenakan uniform rasmi AirBorneo sempena sesi meja bulat bersama media di Kuching.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab meja bulat AirBorneo bersama media di sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penerbangan sewa khas itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama bersama badan pelancongan serta ejen perjalanan di pasaran terbabit.

“Pendekatan ini membolehkan AirBorneo membawa masuk atlet, pelancong serta penyokong selain menguji potensi permintaan sebelum sesuatu destinasi dibangunkan sebagai laluan berjadual.

“Kita perlu bekerjasama dengan ejen yang betul di pasaran tertentu untuk melihat sama ada terdapat permintaan dan bagaimana kita boleh mengoperasikannya.

“Industri penerbangan adalah mengenai skala, jadi kita perlu melihat permintaan pasaran dan bagaimana untuk menguruskan operasi tersebut,” jelasnya.

Tambahnya lagi, usaha memperluaskan hubungan ASEAN bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor sukan, malah berpotensi merancakkan pelancongan serta sektor ekonomi lain di Sarawak.

Dalam pada itu katanya, antara pasaran yang dilihat berpotensi termasuk pelancongan perubatan dan pendidikan selain pelancongan konvensional.

“Kuching mempunyai hospital yang baik dan ini merupakan antara sasaran pasaran kami, termasuk bandar-bandar ASEAN untuk membawa masuk pelancong perubatan.

“Kuching juga mempunyai lima universiti yang dikenali di peringkat antarabangsa, jadi selain pelancongan perubatan, kami mahu membawa masuk pelajar dari pelbagai rantau ke Kuching,” ujarnya.

Tegasnya, peranan AirBorneo bukan hanya membawa pelancong, tetapi turut melibatkan penumpang perniagaan, pelawat keluarga dan rakan (VFR), pelabur serta pelajar antarabangsa.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Laluan domestik AirBorneo ke Miri, Bintulu, Sibu bermula selepas tambahan pesawat
Next: Data, AI dan teknologi baharu perkukuh transformasi digital Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.