Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AirAsia sediakan 16,000 tempat duduk untuk lebih 90 penerbangan lewat malam
  • NASIONAL

AirAsia sediakan 16,000 tempat duduk untuk lebih 90 penerbangan lewat malam

Utusan Sarawak 3 months ago

SEPANG: AirAsia hari ini mengumumkan syarikat itu menyediakan lebih 16,000 tempat duduk untuk lebih 90 penerbangan lewat malam dengan tambang tetap antara Johor Bahru atau Kuala Lumpur ke Malaysia Timur bagi perjalanan dari 28 Mac hingga 5 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata tambang promosi itu yang boleh ditempah bermula hari ini hingga 4 April di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE menawarkan tambang tetap RM328 sehala antara Kuala Lumpur dan Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri, serta antara Johor Bahru dan Kuching serta Sibu.

Bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sandakan, atau Tawau, serta antara Johor Bahru dan Kota Kinabalu pula pada harga RM388 sehala.

Beliau berkata selain daripada lebih 90 penerbangan lewat malam dengan tambang tetap di 10 laluan antara Semenanjung dan Malaysia Timur, AirAsia juga mengendalikan 287 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke Sabah, Sarawak dan Labuan bagi menyokong inisiatif musim perayaan oleh kerajaan. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Subsidi tiket penerbangan untuk Aidilfitri diteruskan – MOT
Next: Ismail Sabri disiasat berkaitan rasuah, pengubahan wang haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.