Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AirAsia MOVE perluas rangkaian global, jalin kerjasama dengan empat syarikat penerbangan baharu
  • NASIONAL

AirAsia MOVE perluas rangkaian global, jalin kerjasama dengan empat syarikat penerbangan baharu

Utusan Sarawak 4 hours ago
AirAsia

KUALA LUMPUR: Aplikasi tempahan perjalanan AirAsia MOVE memperluas rangkaian globalnya pada suku kedua 2026 menerusi kerjasama langsung dengan empat syarikat penerbangan baharu, iaitu Oman Air, Uzbekistan Airways, FitsAir dan Hainan Airlines.

Dalam kenyataan hari ini, MOVE memaklumkan penambahan itu memperkukuh pilihan perjalanan merangkumi Asia Barat, Asia Tengah, Asia Selatan dan China, selain menawarkan lebih banyak pilihan serta akses lancar ke destinasi baharu yang sedang berkembang.

Menurutnya, perkembangan berkenaan turut mencerminkan keyakinan syarikat penerbangan terhadap MOVE sebagai saluran pengedaran pilihan untuk menembusi pasaran pengembara yang berkembang pesat di rantau ini, seiring usaha platform itu memperluas inventori penerbangannya melibatkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan tambang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Nadia Omer berkata, kepercayaan yang diberikan oleh syarikat penerbangan utama seperti Oman Air, Uzbekistan Airways, FitsAir dan Hainan Airlines, khususnya dalam persekitaran ekonomi global yang masih mencabar dan tidak menentu, membuktikan kekuatan komersial ekosistem MOVE serta keupayaannya menjangkau pasaran serantau bagi rakan strategiknya.

“Kepercayaan yang diberikan oleh syarikat-syarikat penerbangan ini merupakan bukti kukuh terhadap nilai komersial ekosistem AirAsia MOVE dan capaian serantau yang kami sediakan kepada rakan strategik kami,” katanya.

Oman Air, Uzbekistan Airways, FitsAir dan Hainan Airlines menyertai 75 lagi syarikat penerbangan antarabangsa yang telah menjalin kerjasama secara langsung dengan AirAsia MOVE. – Bernama

Continue Reading

Previous: PRN Johor: Pasar Borneo nadi komuniti Sabah, Sarawak perlukan penambahbaikan
Next: Malaysia Airports percepat transformasi selepas penstrukturan semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.