Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Aidilfitri: JBPM lakukan rondaan sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo 
  • NASIONAL

Aidilfitri: JBPM lakukan rondaan sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo 

Utusan Sarawak 2 months ago

Nor Hisham berkata, matlamat utama JBPM adalah untuk sampai ke lokasi berlaku kemalangan tidak lewat dari setengah jam setelah berlaku sebarang insiden. - Bernama

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 12 lokasi berisiko berlaku kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena Aidilfitri akan datang.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pasukannya akan ditempatkan di semua lokasi tersebut bermula 29 Mac hingga 3 April.

“Dua lebuh raya ini menjadi tumpuan kita…matlamat utama kami adalah untuk sampai ke lokasi berlaku kemalangan tidak lewat dari setengah jam setelah berlaku sebarang insiden.

“Berdasarkan pengalaman kita apabila berlaku sebarang kejadian di lebuh raya tersebut ia boleh menyebabkan kesesakan trafik yang panjang jadi untuk mengurangkan impak daripada insiden itu kita letakkan anggota di lokasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelantikan Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia Berhad (KOBOPEM) Advance Sdn Bhd sebagai operator stesen pelbagai bahan api Petros Batu Kawa di sini, semalam.

Sementara itu, Nor Hisham berkata bagi Sarawak, JBPM tidak akan meletakkan anggota di tempat tertentu sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo tetapi akan melakukan rondaan sempena Aidilfitri nanti.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Dasar pendidikan wajib sekolah menengah
Next: Kerajaan akan bayar RM310 juta jika bangkai pesawat MH370 dijumpai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.