Aidiladha dijangka jatuh pada 6 Jun di kebanyakan negara Islam – Pusat Astronomi Antarabangsa

Facebook
WhatsApp
Anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada Selasa, 27 Mei, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

ABU DHABI: Umat Islam di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini (Jumaat), menurut Pusat Astronomi Antarabangsa.

Pusat yang berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan bahawa anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada Selasa, 27 Mei, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Pengarah pusat berkenaan, Mohammad Shawkat Odeh berkata anak bulan itu boleh dilihat menggunakan teleskop di beberapa bahagian Asia Tengah dan Barat, kebanyakan wilayah di Afrika serta Eropah.

Beliau menambah bahawa anak bulan juga mungkin dapat dilihat tanpa bantuan teleskop di beberapa bahagian benua Amerika.

Berdasarkan kiraan astronomi itu, 28 Mei dijangka menjadi hari pertama Zulhijjah, menjadikan Aidiladha jatuh pada hari ke-10 iaitu Jumaat, 6 Jun.

— BERNAMA-WAM

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara