Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ahmad tidak sabar beraksi
  • SUKAN

Ahmad tidak sabar beraksi

Utusan Sarawak 5 years ago
AHMAD Nor Iman Hakim Rakib

Kejayaan meraih anugerah Olahragawan Politeknik 2019 Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik (PolySEA) 2019 menjadi pembakar semangat buat atlet taekwondo kebangsaan Ahmad Nor Iman Hakim Rakib untuk memburu keputusan cemerlang pada Sukan SEA Vietnam, tahun depan.

Penuntut tahun satu Diploma Pengurusan Peruncitan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan itu berkata kejayaan diraih adalah atas sokongan berterusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan pensyarah yang sentiasa membantunya membahagikan masa antara waktu belajar, menjalani latihan serta menyertai pertandingan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

“Setakat ini, tiada kejohanan antarabangsa diadakan susulan pandemik Covid-19, namun saya difahamkan ada satu kejohanan tempatan pada akhir tahun ini anjuran Taekwondo Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan.

Ahmad Nor Iman meraih pingat perak acara taekwondo kyorugiselepas tewas kepada lawannya dari Thailand Nareupong Thepsen dalam aksi final kategori bantamweight bawah 63 kilogram pada Sukan SEA 2019 di Filipina .

Sementara itu, atlet petanque kebangsaan Siti Asiah Zaini, penuntut tahun tiga Diploma Mekatronik dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dinobatkan sebagai Olahragawati Politeknik 2019 selepas menyumbang pingat gangsa dalam sukan petanque di temasya Sukan SEA 2019.

Kedua-dua atlet berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM3,000, trofi, sijil penghargaan dan blazer yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohammad Naim Yaakub.-Bernama

Continue Reading

Previous: Pulau Pinang kembali ke Liga Super 2021
Next: Sabah ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.