AKUN GIMAN
DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran sebuah rumah kediaman di Kampung Tengah, di sini semalam.
Ahmad Johnie menyampaikan sendiri sumbangan berupa sejumlah wang tunai dan barangan makanan itu kepada keluarga kebakaran terbabit.
“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan mangsa yang terjejas,” jelasnya.
Dalam kejadian sekitar jam 4.21 petang semalam (Jumaat), sebuah rumah kayu dua tingkat di Kampung Tengah Daro menyebabkan kesemua penghuninya tinggal sehelai sepinggang.
Menurut PGO Jabatan Bomba Sarawak, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro diketuai PBK II Mohd Mafri bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.21 petang.
Rumah terbabit dihuni oleh tiga ahli keluarga berusia 25 tahun (lelaki), seorang perempuan (50 tahun) dan seorang lelaki (65 tahun).
Bagaimanapun, kebakaran tersebut tidak menyebabkan kecederaan dan kemalangan jiwa.
Selain itu, keluarga mangsa menerima sumbangan daripada ADUN Daro, Safiee Ahmad dan Pejabat Daerah Daro.
Manakala, Jabatan Kebajikan Daro dan Tabung Baitumal Sarawak (TBS) juga akan berusaha membantu apa yang perlu bagi meringankan beban mangsa terlibat.