Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ahli Parlimen GPS diberi taklimat
  • SEMASA

Ahli Parlimen GPS diberi taklimat

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSIDANG … Dato’ Seri Fadillah Yusof kelihatan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Ismail Sabri dan Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin memasuki Dewan Rakyat untuk persidangan hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020, semalam.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) ditaklimatkan mengenai tuntutan Kerajaan Sarawak terhadap Petronas dan Majlis Ekonomi Sarawak sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

Ketua Whip GPS Dato’ Seri Fadillah Yusof berkata tujuan taklimat itu untuk memberi maklumat terkini kepada ahli-ahli Parlimen GPS mengenai status terkini perundingan antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan mengenai tuntutan berkenaan.

“(Status) berhubung hak kita di bawah perkara minyak dan sama ada termaktub di bawah Petroleum Development Act (PDA) dalam perundangan di Sarawak termasuk OMO dan sebagainya,” katanya dalam satu laporan UKAS semalam.

Selain tuntutan itu ditaklimatkan kata Fadillah yang juga Menteri Kanan Infrastruktur – Menteri Kerja Raya mendedahkan ahli parlimen juga diberi maklumat terkini mengenai Majlis Ekonomi Sarawak.

“Juga inisiatif (kerajaan) untuk menangani Covid-19,” ujarnya.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya mengakui inisiatif berkenaan bukan sahaja dipikul oleh Kerajaan Sarawak malahan ia memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan.

“Saya yakin ahli-ahli parlimen kita berbahas untuk mengambil kira apa yang diperjuangkan oleh Sarawak dalam sudut pembangunan ekonomi dan aktiviti sosial,” jelasnya.

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi GPS menyampaikan taklimat berkenaan kepada ahli parlimen semasa perjumpaan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Pada majlis serupa Ketua Menteri turut memotong kek Hari Sarawak yang akan disambut pada 22 Julai selepas perjumpaan berkenaan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos 2020 berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

Berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 telah diadakan selama sehari pada 18 Mei yang hanya membabitkan titah ucapan pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Keadaan hambar ketika ibu bapa hantar anak ke sekolah
Next: KM terima kunjungan ASTRO, RISEAP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.