Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ahli KPDRM berpeluang jadi usahawan
  • BISNES

Ahli KPDRM berpeluang jadi usahawan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 2 Sept -- Pengerusi Kop Mantap Berhad Datuk Seri Ayub Yaakob pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Hyrax Oil Sdn Bhd di Bangunan Koperasi PDRM hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA… Pengerusi Kop Mantap Berhad Datuk Seri Ayub Yaakob pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Hyrax Oil Sdn Bhd di Bangunan Koperasi PDRM semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) berpeluang untuk menjadi usahawan susulan permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara koperasi itu dengan Hyrax Oil Sdn Bhd, pengeluar minyak transformer dan pelincir Malaysia.

Pengerusi KPDRM, Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, MOU itu melibatkan pengeluaran pelbagai minyak pelincir automobil dan minyak transformer yang akan dijual sebagai produk KPDRM.

“Ini sejajar dengan usaha kami untuk mempelbagaikan perniagaan kami, yang, sebelum ini banyak bergantung kepada kemudahan kredit.

“Menerusi inisiatif ini, pelbagai produk akan dihasilkan dalam masa beberapa bulan akan datang dan kemudiannya dipasarkan serta dijual sebagai produk KPDRM,” katanya.

Ayub berkata ahli koperasi boleh menjadi ejen jualan produk tersebut yang seterusnya membantu mereka meningkatkan pendapatan selain mengasah kemahiran keusahawanan mereka.

Menurutnya, inisiatif itu dijangka membawa manfaat langsung dan tidak langsung kepada kira-kira 103,138 ahli koperasi kerana ia akan membantu menjana pendapatan isi rumah dan dividen daripada keuntungan.

KPDRM ditubuhkan pada 24 April 1928, yang bertujuan mengurangkan bebanan kewangan anggota polis menerusi tawaran kemudahan kredit.

Bagaimanapun, koperasi itu kemudiannya telah meneroka ke pelbagai sektor lain termasuk pendidikan, pembinaan, penerbangan, logistik dan perjalanan.

MoU itu dimeterai oleh Setiausaha KPDRM Datuk Haji Rosli Din dan Ketua Pegawai Operasi Hyrax Oil Adlan Ariff.- Bernama

Continue Reading

Previous: Etiqa General Takaful lantik Shahrul Azuan sebagai CEO baharu
Next: Bantu pacu harga sawit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.