Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong kurnia sumbangan pada komuniti gelandangan
  • NASIONAL

Agong kurnia sumbangan pada komuniti gelandangan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 10 Jun -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menyampaikan sumbangan kepada komuniti gelandangan bersempena dengan Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia di Pusat Penempatan Gelandangan Desa Tasik Cheras, hari ini. Seramai 49 gelandangan menerima sumbangan berbentuk barang keperluan harian dan wang tunai pada majlis itu yang berlangsung mengikuti tatacara kebiasaan baharu. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, June 10 -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah presenting a donation to the homeless community in conjunction with the Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia at the homeless transit centre in Desa Tasik, Cheras, today. Forty-nine homeless individuals received the donation in the form of daily necessities and cash at the event which as held in line with the new normal practice. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menyampaikan sumbangan kepada komuniti gelandangan bersempena dengan Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia di Pusat Penempatan Gelandangan Desa Tasik Cheras, semalam. Seramai 49 gelandangan menerima sumbangan berbentuk barang keperluan harian dan wang tunai pada majlis itu yang berlangsung mengikuti tatacara kebiasaan baharu. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada komuniti gelandangan di Pusat Penempatan Gelandangan Desa Tasik Cheras di sini.

Pemberian sumbangan yang disempurnakan Al-Sultan Abdullah itu adalah bersempena dengan Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia. 

Ini aktiviti pertama Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat hadir, yang diadakan di luar Istana Negara, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas. 

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 11 pagi ini disambut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. 

Seramai 49 gelandangan menerima sumbangan berbentuk barang keperluan harian dan wang tunai pada majlis itu yang berlangsung mengikuti tatacara kebiasaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke majlis itu mencerminkan keperibadian tinggi menyantuni golongan gelandangan di Kuala Lumpur. 

“(Ia juga mencerminkan) keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap golongan ini yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Majlis itu dianjurkan  bersamaoleh  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, atas titah perkenan Al-Sultan Abdullah untuk membantu golongan berkenaan.– Bernama 

Continue Reading

Previous: Enam maut kemalangan tiga kenderaan di Lahad Datu
Next: PDRM tarik balik sekatan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.