Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong berkenan terima menghadap Muhyiddin untuk mesyuarat Pra-Kabinet
  • NASIONAL

Agong berkenan terima menghadap Muhyiddin untuk mesyuarat Pra-Kabinet

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 10 Jun -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini. ?Sesi berkenaan yang berlangsung selama satu jam 15 minit dari pukul 8.30 pagi, kembali diadakan secara bersemuka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuat kuasa hari ini. ?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??KUALA LUMPUR, June 10 -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (left) grants an audience to Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin for a pre-Cabinet meeting at Istana Negara, today. ?The face to face session, which lasted for an hour and 15 minutes from 8.30 am, was held following the implementation of the Recovery Movement Control Order (RMCO), effective today. ?--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) ber-kenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, semalam. Sesi berkenaan yang berlangsung selama sejam 15 minit dari 8.30 pagi, kembali diadakan secara bersemuka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuat kuasa semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata sesi berkenaan yang berlangsung selama satu jam 15 minit dari pukul 8.30 pagi, kembali diadakan secara bersemuka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuat kuasa semalam.

Sesi pra-kabinet dengan Agong itu merupakan yang paling lama berlangsung berbanding sesi-sesi sebelum ini.  

Menurut beliau, kali pertama mesyuarat bersemuka sedemikian diadakan adalah pada 18 Mac lepas di Istana Melawati, Putrajaya.

Ia kemudian diteruskan menerusi sidang video untuk sesi berikutnya pada 15 April lepas selepas Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta keluarga menjalani kuarantin diri selama 14 hari berikutan beberapa kes positif Covid -19 melibatkan para pegawai Istana Negara.

“Sesi-sesi berikutnya turut berlangsung menerusi sidang video berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan sesi kali terakhir menerusi sidang video diadakan minggu lepas, pada 4 Jun 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ahmad Fadil berkata mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.– Bernama

Continue Reading

Previous: PDRM tarik balik sekatan jalan raya
Next: Pengangkutan awam dibenar beroperasi kapasiti penuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.