Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong berkenan kurnia pingat dan darjah kepada 107 penerima sempena Hari Keputeraan Rasmi
  • NASIONAL

Agong berkenan kurnia pingat dan darjah kepada 107 penerima sempena Hari Keputeraan Rasmi

Utusan Sarawak 4 hours ago
Foto facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan pingat dan darjah kepada 107 penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 23 Mac lepas.

Majlis pengurniaan itu disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada Majlis Darjah dan Pingat bagi daerah Batu Pahat, Kluang serta Mersing yang berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang di Johor, hari ini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia Brig Jen Zulhelmi Masdar mendahului senarai penerima.

Zulhelmi dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk.

Pada majlis itu, sebanyak 29 individu dikurniakan Pingat Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP), manakala 19 lagi menerima Pingat Jasa Dan Lama Dalam Pekerjaan (PJP).

Selain itu, 46 penerima dikurniakan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua, manakala 13 lagi menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Ketiga.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Kadi Daerah Mersing sebelum diteruskan dengan sembah ucapan taat setia oleh Pegawai Daerah Kluang yang diiringi Pegawai Daerah Batu Pahat dan Pegawai Daerah Mersing. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan wajibkan fasiliti kitar semula di pusat beli-belah secara berperingkat bermula Jun
Next: 600 pelajar POLYCC ditauliah PISPA, berupaya bantu operasi kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.