Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agihan bantuan makanan asas setiap perayaan – Fatimah
  • TEMPATAN

Agihan bantuan makanan asas setiap perayaan – Fatimah

Utusan Sarawak 4 months ago

Antara penerima bantuan makanan asas.

KUCHING: Program agihan bantuan makanan bagi keluarga kurang berkemampuan adalah usaha kerajaan Sarawak membantu meringankan beban pada setiap perayaan yang diraikan tanpa mengira kaum dan bangsa

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha ini telah berlangsung selama 57 tahun bagi membantu mereka yang memerlukan pada setiap perayaan di negeri ini

“Kita memang akan lakukan pada setiap tahun program seperti ini untuk setiap perayaan tidak kira Tahun Baharu Cina, Hari Raya atau Gawai Dayak.

“Kerajaan Sarawak memandang serius berkaitan keperluan makanan asas ini terutama sekali menjelang perayaan bagi setiap agama di negeri ini,” katanya pada program bantuan makanan sempena Tahun Baru Cina anjuran Sarawak Thong Sim Siang Tng di sini hari ini

Fatimah berkata, kerjasama antara Sarawak Thong Sim Siang Tng dengan kementeriannya itu mengambil kira jumlah penduduk di sekitar kawasan yang layak menerima bantuan makanan asas itu.

Untuk rekod, seramai 250 orang daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuching menerima bantuan makanan asas termasuk angpau.

Beliau berharap dengan ada bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban sesebuah keluarga

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: AIM berjaya bantu usahawan keluar daripada kemiskinan
Next: Pakej internet MySRBN cuma perlu bayar RM20 sebulan, data 300 megabait percuma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.