Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agih sumbangan sempena Tahun Baharu Cina eratkan silaturahim  
  • Tengah
  • WILAYAH

Agih sumbangan sempena Tahun Baharu Cina eratkan silaturahim  

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing telah mengagihkan limau mandarin, kad Tahun Baharu Cina (TBC), dan kalendar 2025 kepada agensi jabatan kerajaan Daerah Meradong.

Koung Hiing yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor berkata, pengagihan tersebut merupakan tradisi tahunan SUPP Cawangan Bintangor dan Pusat Khidmat DUN N46 Meradong sempena TBC.

“Ia bertujuan mengeratkan silaturahim sesama kalangan penjawat awam yang pelbagai kaum dan agama.

“Pengagihan ini sebagai tanda penghargaan dan membawa tuah kepada penjawat awam pada musim perayaan di mana istilah sebutan buah limau dalam bahasa Cina seakan-akan perkataan ‘tuah’ dari perkataan ‘kam’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengagihkan limau mandarin, kad TBC dan kalendar 2025, di sini, semalam.

Koung Hiing turut beramah mesra bersama para penjawat awam dengan lebih rapat sambil mengambil maklum keadaan dan permasalahan yang berlaku di agensi masing-masing.

Pada hari sama, beliau telah menyerahkan tongkat kepada Peter Seli yang tinggal di Rumah Sembambu agar memudahkan pergerakannya apabila menjalankan aktiviti harian.

Turut hadir ialah Bendahari SUPP Cawangan Bintangor Lee Ngin Soon, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor Kaunselor Chieng Ming Kiong, Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Ley Chee Hua dan Kapitan Wong Leh Hee.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantu golongan layak dapat bantuan kerajaan
Next: Loji Rawatan Air Lingga dinaik taraf sistem akut bernilai RM4.9 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.