Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Kota Sentosa bantu selesai isu LPS keluarga tertangguh hampir dua dekad
  • TEMPATAN

ADUN Kota Sentosa bantu selesai isu LPS keluarga tertangguh hampir dua dekad

Utusan Sarawak 3 weeks ago
WILFRED Yap dan Chua bersama ahli keluarganya bertemu Penguasa Jabatan Tanah dan Survei, Awang Nazri Awang Saperi, bagi menyelesaikan isu LPS keluarga di Kuching.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, tampil membantu Chua dan dua abangnya yang masing-masing berusia 74 tahun dalam menyelesaikan isu pentadbiran berkaitan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) untuk tanah keluarga yang tertangguh sejak sekian lama.

Chua, anak sulung daripada tiga beradik, telah mendapatkan bantuan daripada pejabat ADUN berkenaan awal bulan ini berhubung LPS yang masih kekal atas nama mendiang ibu mereka, yang meninggal dunia pada 1996 – hampir 19 tahun lalu.

LPS tersebut berkaitan sebidang tanah di Skim Penempatan Semula Stampin yang kini didiami oleh Chua dan adik bongsunya secara sah.

Namun, isu dokumentasi yang lapuk telah menghalang pemindahan hak milik secara rasmi.

Menyedari keperluan mendesak untuk menyelesaikan isu ini, Yap segera menghubungi Penguasa Jabatan Tanah dan Survei, Awang Nazri Awang Saperi, untuk menyegerakan proses penyelesaian.

Yap bersama Kapitan Chai Yong Liang turut menghadiri mesyuarat bersama pihak jabatan serta tiga beradik tersebut bagi memuktamadkan proses pemindahan LPS kepada tiga anak lelaki mendiang.

Langkah ini sekali gus memastikan kejelasan dari sudut undang-undang serta kelangsungan pemilikan sah untuk keluarga terbabit.

“Saya berharap penyelesaian ini dapat mengurangkan tekanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga, khususnya dalam usia yang lanjut,” ujar Yap, yang juga menyatakan penghargaan kepada Jabatan Tanah dan Ukur atas kerjasama mereka.

Beliau menegaskan bahawa Chua dan keluarganya berhak mendapatkan penyelesaian yang adil dan segera bagi isu yang telah berlarutan hampir dua dekad.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Abang Johari hadiri majlis Aidilfitri anjuran Pejabat Timbalan Menteri
Next: Wisma Melayu Sarawak dijangka siap suku ketiga 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.