Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Jepak ambil tindakan isu lumba haram, gesa belia hentikan aktiviti berbahaya
  • Utara
  • WILAYAH

ADUN Jepak ambil tindakan isu lumba haram, gesa belia hentikan aktiviti berbahaya

Utusan Sarawak 9 hours ago
ISKANDAR Turkee ketika membentangkan usul pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, menyuarakan kebimbangan berhubung kegiatan lumba haram yang dilaporkan berlaku di jalan selepas Jambatan Tun Taib Mahmud di sini.

Beliau berkata, aktiviti tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengundang risiko besar kepada pengguna jalan raya serta orang awam.

Menurutnya, perkara itu telah dipanjangkan kepada pihak polis dan beliau turut berhubung dengan Ketua Polis Daerah Bintulu bagi memastikan tindakan segera diambil, termasuk langkah pencegahan serta pemantauan berterusan di kawasan terlibat.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana melibatkan keselamatan nyawa. Tindakan tegas perlu dilaksanakan bagi membendung aktiviti ini daripada terus berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan golongan belia yang terlibat agar menghentikan aktiviti berbahaya tersebut serta lebih menghargai keselamatan diri dan keluarga.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana kelab atau persatuan permotoran di kawasan Jepak bagi menganjurkan aktiviti permotoran secara sah dan terkawal.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan cadangan mewujudkan litar permotoran di kawasan berkenaan pernah dikemukakan sebelum ini bagi menyalurkan minat serta bakat golongan muda ke arah lebih positif dan selamat.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak termasuk agensi penguat kuasa, pemimpin komuniti dan ibu bapa dapat memainkan peranan masing-masing dalam membendung gejala berkenaan daripada terus menular.

Menurutnya, kerjasama bersepadu amat penting bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan tidak seharusnya tertumpu kepada penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya perlu disertai usaha mendidik serta menyediakan alternatif lebih sihat kepada golongan belia.

“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk komuniti,” katanya.

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: Ular sawa 14 kaki muncul di halaman rumah, APM Spaoh bertindak pantas
Next: Kem latihan bola keranjang asah bakat belia tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.