Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Bukit Kota santuni penduduk
  • TEMPATAN

ADUN Bukit Kota santuni penduduk

Utusan Sarawak 4 years ago
BERAMAL DAN BERBAKTI… Dr. Abdul Rahman Ismail ketika bersama penduduk di Surau Kampung Baru Kuala Berawan sentiasa memastikan keperluan rakyat diusahakan dengan penuh amanah.

LIMBANG: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail terus menyantuni golongan asnaf dan memerlukan di Daerah Limbang.

Sehubungan itu seramai 40 golongan asnaf dan 10 orang warga emas serta anak yatim disantuni pada program Program Badudun Ramadan di Surau Darul Naim, Kampung Baru Kuala Berawan baru-baru ini

Selain menyerahkan sumbangan, Dr Abdul Rahman juga memaklumkan penduduk kampung berkenaan berhubung permohonan seperti pembinaan dewan pelbagai guna, gelanggang futsal, penyambungan jambatan konkrit, sistem perparitan kampung, jalan kampung dan lampu jalan sudah disenaraikan untuk dikemaskini di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Kota.

“Kita telah senaraikan dan semua projek tersebut telah diserahkan kepada agensi-agensi yang terlibat seperti Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARIS).

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Awang Abdul Rahim Awang Rosley,Pemanca Abu Bakar Haji Tinggal dan Timbalan Pengerusi PBB Cawangan DUN Bukit Kota Osman Haji Salleh dan Ketua Kampung Baru Kuala Berawan Leah Awang.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: 984 terima zakat daripada Len Talif
Next: SABERKAS Prihatin bantu 28 asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.