Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Adly lawat kawasan sempadan Sarawak – Kalimantan
  • SEMASA

Adly lawat kawasan sempadan Sarawak – Kalimantan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Adly Zahari (kanan) memeriksa kawalan kehormat pada Lawatan Kerja ke Kawasan Operasi Sempadan Sarawak- Kalimantan di Pos Pa’Dalih, Pos Gabungan Malaysia-Indonesia Kem JPG Ba’Kelalan dan Pos Bario hari ini. Timbalan Menteri Pertahanan telah menerima taklimat operasi termasuk status instalasi markas dan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang berlangsung di kawasan operasi. Melalui lawatan ini, Timbalan Menteri Pertahanan diberikan pendedahan dan gambaran yang jelas berkenaan keadaan perjalanan operasi di sempadan Malaysia-Indonesia dalam Operasi JAGAKAWAN, selain melihat keadaan kehidupan seharian dan menyantuni warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bertugas di perbatasan negara. FotoBERNAMA

KUCHING: Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari mengadakan lawatan kerja ke kawasan operasi sempadan Sarawak-Kalimantan bagi mendapatkan pendedahan dan gambaran jelas mengenai keadaan perjalanan operasi di sempadan Malaysia-Indonesia dalam Operasi Jagakawan.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan lawatan kerja dua hari bermula semalam melibatkan Pos Pa’Dalih, Pos Gabungan Malaysia-Indonesia Kem JPG Ba’Kelalan dan Pos Bario.

“Semasa lawatan, Timbalan Menteri Pertahanan telah menerima taklimat operasi termasuk status instalasi markas dan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang berlangsung di kawasan operasi.

“Lawatan ini adalah merupakan salah satu aktiviti di bawah Tonggak Pertama Strategi Pertahanan Negara, iaitu Cegah Rintang Berpadu, seperti yang digariskan di dalam Kertas Putih Pertahanan 2020–2030 (KPP),” menurut kenyataan itu.

Strategi itu bertujuan melindungi kepentingan negara terutamanya mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah dengan menghindar daripada sebarang bentuk pencerobohan dan konflik.

Dalam pada itu, Adly turut berpeluang melihat keadaan kehidupan seharian dan menyantuni warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bertugas di perbatasan sepanjang lawatan kerjanya.

“Timbalan Menteri Pertahanan turut menghadiri majlis ramah mesra bersama dengan agensi keselamatan setempat dan penduduk kampung berdekatan di sekitar Daerah Bario di samping menyantuni dua keluarga Veteran ATM menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) di Daerah Baram.

“Beliau juga menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada balu veteran ATM, memberi bantuan makanan ikan kepada seorang usahawan veteran ATM yang mengusahakan projek menternak ikan air tawar dan sumbangan keperluan harian kepada kedua-dua mereka,” menurut kenyataan itu.

Program PVM Bario dilaksanakan bagi menyantuni veteran ATM dalam usaha memastikan bantuan yang disalurkan menepati keperluan selain sebagai medium untuk menyampaikan dasar, maklumat terkini dan bantuan semasa kepada veteran. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PM Anwar ucap selamat menyambut Good Friday, Easter Sunday
Next: Perdana Menteri tiba di Kuching untuk lawatan kerja sehari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.