Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan ditemukan selamat
  • JENAYAH

Adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan ditemukan selamat

Utusan Sarawak 2 months ago
NUR Khalisya ditemukan selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama, Seremban Putra, Negeri Sembilan, hari ini. 

KUALA LUMPUR: Selepas 12 hari hilang, adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman akhirnya ditemukan selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama, Seremban Putra, Negeri Sembilan, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan ringkas mengesahkan penemuan Nur Khalisya, 16, 11.14 pagi tadi.

“Maklumat lanjut akan menyusul,” katanya. 

Semalam Bernama melaporkan Nur Khalisya dipercayai hilang di sekitar Jalan Peel di sini sejak 25 Feb lepas.

Hadin dalam hantaran menerusi media sosial berkongsi poster memaklumkan kehilangan adik perempuannya dan memohon bantuan orang ramai mengesan remaja itu.

Mohamad Lazim juga mengesahkan menerima laporan daripada ibu remaja itu yang menyatakan menyedari kehilangan anaknya ketika mahu mengambilnya pulang dari sebuah sekolah di Jalan Peel pada 4 petang, 25 Februari lepas. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Vulture: Iklan pemberi pinjam wang tanpa lesen ditanggalkan
Next: ‘Phone scam’: Guru wanita rugi RM226,400

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.