Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ACP Dasuki ganti SAC Wong sebagai Ketua JPJKK Sarawak
  • SEMASA

ACP Dasuki ganti SAC Wong sebagai Ketua JPJKK Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
SERAH TUGAS… CP Sarawak Dato Mancha Ata menyaksikan penyerahan tugas oleh SAC Wong Ing Fung kepada ACP Dasuki Che Driss sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak.

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, menyaksikan majlis penyerahan tugas rasmi Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Sarawak, yang berlangsung, semalam.

Majlis tersebut menyaksikan SAC Wong Ing Fung menyerahkan jawatan kepada ACP Dasuki Che Driss, yang kini memegang jawatan itu dalam kapasiti sebagai pemangku.

SAC Wong akan meneruskan khidmatnya dalam peranan baharu sebagai Ketua Pusat Kajian Siasatan dan Pendakwaan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak SAC Rizal Abd Rahman Sidek, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua polis daerah serta pegawai kanan JPJKK dari Ibu Pejabat Polis Sarawak.

Dalam ucapannya, Mancha menyatakan keyakinan terhadap peralihan kepimpinan itu, dan percaya ACP Dasuki akan meneruskan komitmen jabatan untuk memperkukuh keselamatan komuniti serta melaksanakan inisiatif pencegahan jenayah yang berkesan di seluruh Sarawak.

Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Empat dekad menabur bakti sebagai petugas Tabung Haji
Next: PKR Batang Lupar sokong Nurul Izzah, dianggap calon tepat Timbalan Presiden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.