Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Acara ‘Online Boost Day’ tawar diskaun menarik
  • BISNES

Acara ‘Online Boost Day’ tawar diskaun menarik

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 25 Julai -- Petugas Boost Mabel Cheah (kanan) bersama Au Su Yee menunjukkan aplikasi e-Wallet Boost selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Boost bersama UnionPay di sebuah hotel hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

BOOST menawarkan lebih banyak ganjaran serta pulangan tunai.

KUALA LUMPUR: Penyedia aplikasi e-dompet tempatan, Boost menawarkan ganjaran diskaun eksklusif sehingga 20 peratus merangkumi tawaran serta baucar pelbagai jenama menerusi program terbesarnya ‘Online Boost Day’ selama tiga hari yang berakhir esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khairil Abdullah berkata, Boost menawarkan lebih banyak ganjaran serta pulangan tunai sebagai cara untuk menggalakkan perbelanjaan merentasi perniagaan dalam talian tempatan yang sekali gus turut memberi impak positif terhadap mata pencarian ramai.

“Menerusi perbelanjaan transaksi tunggal minimum RM150, Boost akan memberi sehingga enam kali Boost Coins apabila pengguna berbelanja untuk rakan dagang talian Boost seperti Potboy dan HappyFresh.

“Bagi rakan lain seperti Malaysia Airlines, PichaEats, dahmakan dan GSC Online, pengguna masih boleh menikmati dua kali Boost Coins,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengguna juga boleh mendapat manfaat ganjaran sehingga RM100 apabila membeli-belah dalam acara ‘Online Boost Day’ itu, katanya.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati kejutan ‘Online Boost Day Surprise Shake’ bernilai RM5 yang akan dikreditkan terus secara rambang ke dalam e-dompet rakan dagang yang menyertai acara tersebut. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tanggung diskaun penggunaan elektrik
Next: Mudahkan penghantaran produk pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.