Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Abu Samah Nordin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit SC
  • BISNES

Abu Samah Nordin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit SC

Utusan Sarawak 1 year ago
PELANTIKAN Tan Sri Abu Samah Nordin menggantikan Datuk Anantham Kasinather yang telah menamatkan penggal tiga tahunnya pada 30 November lalu.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Abu Samah Nordin sebagai pengerusi bukan eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB) suruhanjaya itu berkuat kuasa 5 Januari 2024.

Dalam kenyataannya, SC berkata, Abu Samah menggantikan Datuk Anantham Kasinather yang telah menamatkan penggal tiga tahunnya, 30 November lalu.

Abu Samah berpengalaman lebih 40 tahun dalam pelbagai kapasiti di agensi kerajaan dan perkhidmatan kehakiman, termasuk sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Bahagian Komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1994, sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Komersial pada 1996.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan, Shah Alam serta Melaka antara 1997 dan 2003 dan seterusnya Hakim di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2007.

Pada tahun sama, Abu Samah dinaikkan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan 2013 sebelum bersara pada 2018.

“Latar belakang dan pengalaman beliau akan meningkatkan lagi keberkesanan peranan pengawasan AOB dan memupuk kepercayaan terhadap kualiti penyata kewangan yang telah diaudit di Malaysia,” kata SC. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit terus catat aliran meningkat berikutan keyakinan terhadap inflasi AS lebih rendah
Next: MYAirline terima pelabur dari Timur Tengah – Sumber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.