Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abdul Karim kunjungi MOTAC
  • SEMASA

Abdul Karim kunjungi MOTAC

Utusan Sarawak 5 years ago
KUNJUNGAN … Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (dua, kiri) bersama yang lain ketika mengadakan kunjungan ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), semalam.

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak (MTAC) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), semalam.

Kunjungan tersebut turut diiringi oleh pengurusan tertinggi MTAC.

Menurut Abdul Karim, kunjungan bukan sahaja bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara MTAC dan MOTAC, malah untuk meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin.

“Kerjasama ini pastinya akan membantu menyemarakkan lagi semula sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Jelasnya lagi, antara perkara yang MOTAC kongsi bersama ialah inisiatif pembangunan Pelancongan Negeri Sarawak termasuk dalam pembangunan prasarana.

“Dalam pertemuan ini juga saya menyatakan bahawa Kerajaan amat komited membantu penggiat-penggiat industri bagi memastikan sektor pelancongan mampu meneruskan operasi dengan menyediakan pelbagai insentif khususnya melalui pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN di seluruh negara khususnya di Sarawak,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Program Gunting Rambut Percuma dapat sambutan
Next: DAP Sarawak seperti lalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.