Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari tinjau dua projek pembangunan strategik di Bintulu
  • TEMPATAN

Abang Johari tinjau dua projek pembangunan strategik di Bintulu

Utusan Sarawak 5 hours ago
ABANG Johari mendengar taklimat projek yang disampaikan Pengarah JKR Sarawak, Cassidy Morris semasa lawatan ke tapak projek jalan raya berkembar dari Jambatan Kemena ke Lapangan Terbang Bintulu.

BINTULU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan kerja ke dua projek pembangunan strategik di sini hari ini, melibatkan projek jalan raya kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan projek perumahan rakyat di bawah Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Lawatan pertama melibatkan Projek Membina Jalan Raya Berkembar dari Jambatan Kemena ke Lapangan Terbang Bintulu yang dikendalikan JKR Sarawak.

ABANG Johari bersama rombongan semasa lawatan kerja ke tapak Projek Membina Jalan Raya Berkembar dari Jambatan Kemena ke Lapangan Terbang Bintulu, hari ini.

Projek bernilai RM69.9 juta itu melibatkan pembinaan jalan raya berkembar sepanjang 4.1 kilometer yang menghubungkan bulatan Jepak ke bulatan Lapangan Terbang Bintulu selain pembinaan dua pusingan U, sebuah jambatan sepanjang 95 meter dan penaiktarafan bulatan lapangan terbang.

Difahamkan, pembinaan jalan berkenaan dijangka memendekkan masa perjalanan dari bandar Bintulu ke Lapangan Terbang Bintulu selain menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan trafik.

Setakat April lalu, projek itu merekodkan kemajuan fizikal sebanyak 15.34 peratus berbanding 12.42 peratus yang dijadualkan, dengan lebihan kemajuan sebanyak 2.92 peratus.

 ABANG Johari meninjau perkembangan pembinaan Projek Membina Jalan Raya Berkembar dari Jambatan Kemena ke Lapangan Terbang Bintulu sambil diberi penerangan oleh Pengarah JKR Sarawak.

Abang Johari kemudian meneruskan lawatan ke Projek Skim Penempatan Khas (SPK) Jelutong di Jepak yang dilaksanakan BDA bagi meninjau perkembangan projek perumahan mampu milik untuk rakyat.

Projek berkenaan merangkumi pembinaan 111 unit rumah dalam dua peringkat iaitu 97 unit di Peringkat 1 dan 14 unit di Peringkat 2, dengan kedua-dua peringkat telah siap sepenuhnya.

Berdasarkan laporan kemajuan terkini sehingga 1 Mei lalu, kerja infrastruktur dan pembinaan rumah bagi kedua-dua peringkat projek itu telah siap sepenuhnya termasuk pembinaan jalan premik, longkang konkrit, laluan pejalan kaki, lampu jalan serta pemasangan utiliti utama.

Bagaimanapun, penyambungan bekalan air utama bagi Peringkat 1 masih tertangguh sementara menunggu pemasangan pam penggalak tambahan yang dijangka siap pada Ogos tahun ini.

Projek SPK Jelutong merupakan antara inisiatif kerajaan Sarawak dalam menyediakan perumahan terancang, selesa dan mampu milik selain menyokong pembangunan komuniti moden di kawasan Jepak.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar teknologi tenaga baharu melalui penyelidikan solar, semikonduktor
Next: Sarawak sedia bantu realisasi projek Kereta Api Trans-Borneo – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.