Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari hadiri jamuan malam sempena RISEAP di Kemboja
  • SEMASA

Abang Johari hadiri jamuan malam sempena RISEAP di Kemboja

Utusan Sarawak 5 months ago

Abang Johari tiba untuk menghadiri majlis makan malam sempena Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20. Foto UKAS

PHNOM PENH (Kemboja): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini menghadiri majlis makan malam sempena Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20 di sini.

Majlis yang diadakan di Sokha Hotels & Resorts itu dihadiri delegasi dari negara-negara anggota RISEAP.

Delegasi kerajaan Sarawak yang diketuai Abang Johari yang juga Presiden RISEAP turut disertai Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib; Setiausaha Kehormat RISEAP Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar; Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin.

Sementara itu, Abang Johari dijadualkan menyampaikan ucapan pembukaan majlis Perhimpunan Agung RISEAP yang akan berlangsung di Sokha Hotels & Resorts, esok.

Majlis itu turut dijangka dihadiri Perdana Menteri Kemboja Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet.

Dalam pada itu, Premier Sarawak dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja sebelum berangkat pulang ke Kuching pada sebelah petang. – EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 murid di Sarawak ikuti Program STEM Catalyst
Next: Komuniti Islam RISEAP perlu terima transformasi ekonomi, teknologi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.