Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Abang Johari hadir serikan jamuan Aidilfitri SSWF
  • BISNES

Abang Johari hadir serikan jamuan Aidilfitri SSWF

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir memeriahkan jamuan Aidilfitri anjuran Sarawak Sovereign Wealth Future Fund (SSWF) yang berlangsung di Dewan Kompleks Islam Sarawak, petang semalam.

Ketibaan Abang Johari sekitar 3.25 petang disambut oleh barisan dif kehormat sebelum terus menyertai majlis jamuan tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Ahli Lembaga Pemegang Amanah SSWF Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah, Pengerusi SSWF Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, serta tetamu kehormat lain.

Dalam ucapannya, Tan Sri Sulong, berkata tahun pertama penubuhan SSWF memberi tumpuan kepada pembentukan asas yang kukuh dan strategik bagi memastikan dana ini dibina berlandaskan prinsip yang tepat, pasukan yang berkaliber, serta struktur yang mantap untuk melaksanakan mandat dengan berkesan.

“SSWF juga membangunkan keupayaan dalaman dengan menghimpunkan satu pasukan pelbagai latar belakang dan berkemahiran tinggi bagi menghadapi landskap pelaburan yang kompleks dengan teliti dan berpandangan jauh,” katanya.

Beliau menambah, rangka kerja tadbir urus dan dasar institusi turut dibentuk sebagai panduan hala tuju dana tersebut pada masa hadapan.

“Menjelang 2025, kami memasuki fasa baharu iaitu pembangunan modal.

“Sebagai pelabur bertaraf global, pendekatan kami akan terus terukur, berdisiplin, dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat serta masa depan Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak terhadap usaha SSWF.

Sebagai simbolik perasmian majlis, Premier Sarawak memotong pulut kuning sebelum jamuan Aidilfitri dimulakan.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baharu
Next: ANGKASA Sarawak lancar program CoopUmrah, Perkasa Ekonomi Koperasi, Ummah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.