Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari ada pendekatan tersendiri tangani krisis, sedia kongsi dengan Kerajaan Persekutuan
  • SEMASA

Abang Johari ada pendekatan tersendiri tangani krisis, sedia kongsi dengan Kerajaan Persekutuan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg krtika sidang media Pemberian Bantuan Khas 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan beliau mempunyai pendekatan tersendiri bagi menangani kesan konflik di Asia Barat terhadap ekonomi, namun sedia berkongsi idea tersebut dengan Kerajaan Persekutuan sekiranya diperlukan.

Beliau berkata, pendekatan itu tidak didedahkan buat masa ini memandangkan ia melibatkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Saya ada idea bagaimana hendak tangani keadaan ini, tetapi saya tidak berani hendak laksanakan kerana itu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

“Kalau kerajaan pusat minta, kita boleh kongsi pandangan kita dari Sarawak untuk membantu menangani keadaan konflik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pemberian Bantuan Khas 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Kenyataan itu hadir susulan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam Persekutuan yang mula berkuat kuasa semalam sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi krisis tenaga global.

Dasar tersebut melibatkan kira-kira 200,000 penjawat awam termasuk di Putrajaya, Kuala Lumpur dan semua ibu negeri, khusus bagi mereka yang tinggal melebihi lapan kilometer dari tempat kerja, dengan perkhidmatan kaunter kepada rakyat kekal berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, setakat ini kerajaan Sarawak belum mengumumkan sama ada akan melaksanakan pendekatan serupa di peringkat negeri.

Dasar BDR bukan sesuatu yang baharu apabila ia pernah dilaksanakan ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pada 2020 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, Abang Johari menegaskan Sarawak berada dalam kedudukan lebih bersedia berdepan ketidaktentuan global berikutan langkah awal negeri itu beralih kepada sumber tenaga alternatif.

Menurutnya, penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hidro dan gas membantu mengurangkan kebergantungan terhadap diesel.

Katanya, inisiatif seperti Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES) serta penyambungan grid elektrik termasuk di Lawas dan Limbang memastikan bekalan tenaga lebih stabil.

“Kalau tidak, mungkin kawasan luar bandar masih bergantung kepada diesel yang harganya tidak menentu.

“Kita bersyukur kerana kita buat keputusan awal untuk beralih kepada tenaga alternatif,” ujarnya.

Tambah beliau, pendekatan kepelbagaian sumber tenaga juga penting bagi memastikan kestabilan ekonomi serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: MINDEF sasar 200 veteran ATM ke AKPS
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi KWSP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.