Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Jo terima kunjungan hormat Sheda
  • TEMPATAN

Abang Jo terima kunjungan hormat Sheda

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merakam gambar bersama rombongan Sheda semasa kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Rombongan dari Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (Sheda) mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Naib Presiden Sheda, Louis Ting, isu Ganti Rugi Ditentukan (LAD) merupakan antara perkara yang menjadi tumpuan perbincangan bersama Abang Johari.

“Berkenaan LAD, Premier Sarawak telah mengambil maklum tentang isu-isu yang dihadapi oleh pemain industri.

“Premier Sarawak juga akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani isu-isu yang dihadapi industri kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

LOUIS Ting semasa menjawab soalan pengamal media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

LAD merupakan penalti kewangan yang dikenakan kepada pemaju sekiranya mereka gagal menyiapkan projek perumahan dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli.

Malah, LAD merupakan satu klausa bagi melindungi pembeli hartanah dan memberikan pampasan kepada pembeli kerana kelewatan penyerahan rumah yang boleh mengakibatkan beban kewangan.

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kontraktor Jambatan Batang Paloh diarah siapkan projek ikut jadual
Next: Tiga kampung di Serian terima bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.