Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Jo bermesra dengan penduduk Telaga Air
  • TEMPATAN

Abang Jo bermesra dengan penduduk Telaga Air

Utusan Sarawak 5 years ago
ROMBONGAN LAWATAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tiba di Kampung Telaga Air diiring Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Lo Khere Chiang.

KUCHING: Keceriaan jelas terpancar di wajah penduduk Kampung Telaga Air di sini apabila berpeluang bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang bersama konvoi bermotosikal tiba di perkampungan nelayan itu sekitar jam 10.00 pagi.

Ketibaan Abang Johari disambut Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Tujuan lawatan kerja Abang Johari adalah untuk mendengar Taklimat Pembangunan Telaga Air yang disampaikan Lembaga Pembangunan dan Perlindungan Tanah (LCDA).

Ketua Menteri sempat sarapan pagi di gerai makan sebelum mengikuti taklimat LCDA di Esplanade Telaga Air.

Beliau turut dibawa menaiki kapal untuk meninjau persekitaran muara Sungai Sibu Laut dan Sungai Telaga Air.

Seterusnya, Abang Johari menikmati makan tengahari bersama jemputan di restoran makanan laut di Tebingan Sungai Telaga Air.

Turut serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Penghulu Telaga Air, Murshidi Johari ternyata gembira dengan kunjungan Abang Johari ke kampung tersebut.

“Kita dapat melihat sifat mesra, bertanggungjawab dan berjiwa rakyat Ketua Menteri semasa mengunjungi gerai dan bertemu penduduk kampung,” katanya.

Bagi Sebki Jen, 45, Abang Johari mempunyai sifat kepimpinan yang terbaik dan berjiwa rakyat.

“Memang jelas kemesraan ditunjukkan Ketua Menteri ketika berdampingan dengan masyarakat.

“Sebagai anak muda, saya amat berbangga kerana mempunyai pemimpin seperti ini,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: RM2 juta untuk tapak baharu perkuburan Islam
Next: Abang Jo terima kunjungan rombongan Politeknik Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.