Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik belum pasti beraksi di Masters Orleans
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik belum pasti beraksi di Masters Orleans

Utusan Sarawak 2 months ago
KETUA jurulatih beregu lelaki kebangsaan Herry Iman Pierngadi.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki kedua negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik belum pasti untuk beraksi di kejohanan badminton Masters Orleans pada 4 hingga 9 Mac ini, susulan kecederaan berulang di pergelangan tangan kanan yang dialami Aaron.

Bagaimanapun, ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan Herry Iman Pierngadi berkata kecederaan yang muncul semasa sesi latihan baru-baru ini tidak membimbangkan.

“Saya tidak boleh jawab mengenai itu kerana perlu lihat keadaan dia (Aaron) di sana kalau ada kesempatan beraksi di Masters Orleans mengapa tidak,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Herry berkata Seluruh England tetap menjadi sasaran utama gandingan Aaron-Wooi Yik dan kecederaan dialami tidak menjejaskan penyertaan mereka di kejohanan yang bermula pada 11 Mac.

“Sasaran (buat Aaron-Wooi Yik) itu masih ada…tapi tercapai atau tidak bergantung keadaan mereka di England.. Tahun lepas mereka melangkah ke final.

“Jika keadaan Aaron baik, sekurang-kurangnya mereka mampu melangkah ke separuh akhir atau final lagi,” katanya.

Masters Orleans di Perancis menjadi kejohanan pemanas badan penting sebelum Seluruh England.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik pernah muncul naib juara Seluruh England pada 2019 serta tahun lepas.

Pada edisi kali ini, Malaysia menyenaraikan tujuh beregu lelaki di Seluruh England menyaksikan empat gandingan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan tiga lagi beregu profesional.

Beregu lelaki BAM terdiri daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Chong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

Tiga beregu profesional ialah Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani (rangkin kedua dunia), Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Muhammad Azeem pecah rekod kebangsaan, raih gangsa acara 60m
Next: Cabaran Piala FA Red Devils berakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.