Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AADK Selangor periksa pemandu penumpang
  • NASIONAL

AADK Selangor periksa pemandu penumpang

Utusan Sarawak 5 years ago

SHAH ALAM, 30 Julai -- Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor, Dr Nazira Sadiron (kiri) bersama Timbalan Pengarah (Ketua Bahagian Penguatkuasa) Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, Mohamad Hafiz Usman menyampaikan cenderahati dan risalah mengenai dadah kepada penumpang bas pada Majlis Pelancaran Operasi Terminal Bas sempena Perayaan Hari Raya Aidiladha 2020 di Terminal Bas Seksyen 17, semalam. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENGARAH Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor, Dr Nazira Sadiron (kiri) bersama Timbalan Pengarah (Ketua Bahagian Penguatkuasa) Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, Mohamad Hafiz Usman menyampaikan cenderahati dan risalah mengenai dadah kepada penumpang bas pada Majlis Pelancaran Operasi Terminal Bas sempena Perayaan Hari Raya Aidiladha 2020 di Terminal Bas Seksyen 17, Rabu lepas. • Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor menempatkan anggota penguatkuasanya di terminal bas negeri ini sempena cuti perayaan Aidiladha untuk memastikan pemandu dan penumpang bas ekspres bebas dadah.

Pengarah AADK Selangor Dr Nazira Sadiron berkata, menerusi langkah itu setiap pemandu dan penumpang akan diperiksa dalam operasi empat hari iaitu Rabu lepas dan semalam serta pada 4 dan 5 Ogos.

“Seramai 48 anggota AADK dan 180 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri turut terlibat dalam operasi ‘Op Terminal’ ini.

“Anggota AADK dan JPJ akan sentiasa berada di terminal bas Seksyen 17 di sini, Kajang dan Klang Sentral,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran operasi itu di sini malam Rabu lepas.

Nazira berkata, setakat Rabu lepas seramai 54 pemandu sudah diperiksa dan kesemuanya negatif ujian dadah.

Katanya, menerusi operasi itu beliau turut berharap kemalangan membabitkan kes penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan pemandu dapat dibendung.

“Pemeriksaan bas turut dilaksanakan oleh JPJ dan setakat ini keadaan memuaskan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Najib selesai bayar jamin tambahan RM1 juta
Next: Muhyiddin tunai solat Aidiladha dalam kebiasaan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.