Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas pemilik rumah cegah kebakaran daripada merebak
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas pemilik rumah cegah kebakaran daripada merebak

Utusan Sarawak 1 day ago
PERIKSA… Anggota bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas pemilik rumah berjaya menghalang kebakaran daripada merebak apabila api yang berpunca daripada bahan masakan dalam periuk berjaya dipadamkan dengan segera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik rumah sekitar 8.17 pagi tadi.

BAHAN MASAKAN… Kebakaran melibatkan bahan masakan dalam periuk. Foto BBP Sarikei

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Unjah Janggau bersama sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi di Lorong 4, Jalan Sakam.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran hanya melibatkan bahan masakan di dalam periuk.

“Api berjaya dipadam oleh pemilik rumah sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, tiada operasi pemadaman dijalankan.

“Pasukan bomba hanya membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca api dan keadaan selamat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta terbakar, tidak ada mangsa cedera dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.