Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pendaki Britain tawan Gunung Everest kali ke-19
  • SUKAN

Pendaki Britain tawan Gunung Everest kali ke-19

Utusan Sarawak 2 days ago
PENDAKI gunung Britain Kenton Cool berjaya menawan puncak Gunung Everest buat kali ke-19. Foto AFP

KATHMANDU: Pendaki gunung Britain Kenton Cool semalam berjaya menawan puncak Gunung Everest buat kali ke-19, sekali gus memecahkan rekod pendakian terbanyak oleh pendaki bukan daripada komuniti etnik Sherpa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menurut seorang jurucakap, pendaki berusia 51 tahun itu tiba di puncak pada awal pagi semalam, disahkan oleh pejabat khemah induk Everest Jabatan Pelancongan Nepal.

GUNUNG Everest. Foto AFP

Cool pertama kali mendaki puncak setinggi 8,849 meter itu pada 2004 dan sejak itu kembali hampir setiap tahun.

Gunung Everest terletak di sempadan antara Nepal dan China serta boleh didaki daripada kedua-dua negara.

Rekod pendakian Gunung Everest terbanyak masih dipegang oleh pemandu bangsa Sherpa, Kami Rita Sherpa yang menawan puncak itu buat kali ke-30 tahun lepas.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: United, Spurs terdesak juarai Liga Europa
Next: Sepak takraw negara punya masa depan cerah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.