Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Apresiasi Serian 2025, raikan komitmen penjawat awam
  • TEMPATAN

Majlis Apresiasi Serian 2025, raikan komitmen penjawat awam

Utusan Sarawak 9 hours ago
RESIDEN Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph merakamkan gambar kenangan Bersama penerima APC pada Majlis Apresiasi Pentadbiran Bahagian Serian Tahun 2025 petang semalam di Kelab Golf Sarawak. Foto UKAS

KUCHING: Penjawat awam terus diberikan penghargaan sewajarnya apabila Majlis Apresiasi Pentadbiran Bahagian Serian Tahun 2025 berlangsung meriah di Kelab Golf Sarawak, semalam.

Ia sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen mereka dalam menyampaikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2024.

Majlis tahunan ini memberi tumpuan utama kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), sebagai simbol penghargaan kepada warga pentadbiran yang menunjukkan prestasi luar biasa, dedikasi dan etika kerja tinggi dalam tugasan harian mereka.

Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua penerima APC sambil menegaskan bahawa kejayaan pentadbiran adalah hasil daripada semangat kerja berpasukan dan integriti penjawat awam.

“Penjawat awam adalah tulang belakang kepada pentadbiran yang efisien. APC ini bukan sekadar anugerah, tetapi satu pengiktirafan bahawa usaha mereka dihargai dan menjadi inspirasi kepada yang lain,” jelas beliau.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil prestasi cemerlang kepada kakitangan dari pelbagai pejabat pentadbiran termasuk Pejabat Residen Bahagian Serian, Pejabat Daerah Serian, Tebedu, Siburan, Balai Ringin serta Pejabat Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Bagi menghargai sumbangan jangka panjang, penghargaan khas turut disampaikan kepada pegawai yang berpindah dan bersara wajib, tanda bahawa jasa mereka tidak dilupakan walaupun telah menamatkan perkhidmatan.

Majlis diserikan dengan tayangan video khas, persembahan kakitangan serta sesi cabutan bertuah, sekali gus mewujudkan suasana kekeluargaan yang mesra dan santai.

Menurut Caroline, pencapaian seperti pengurusan bencana banjir, penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan pelaksanaan program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah hasil kerjasama erat antara pentadbiran dan pelbagai agensi kerajaan negeri serta persekutuan, yang digerakkan oleh kecekapan penjawat awam.

Majlis Apresiasi ini jelas menjadi medan bukan sahaja untuk memberi penghargaan tetapi juga mengangkat maruah dan semangat dalam kalangan penjawat awam.

Dalam pada itu, Caroline menggesa agar kerjasama strategik antara jabatan dan agensi terus diperkukuh, demi menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan mampan Bahagian Serian. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak laksana kajian kedalaman sungai, fokus atasi isu banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.