Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hampir 2,000 sertai perarakan Niti Daun Gawai Dayak Daerah Subis
  • Utara
  • WILAYAH

Hampir 2,000 sertai perarakan Niti Daun Gawai Dayak Daerah Subis

Utusan Sarawak 9 hours ago
RASMI… Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memukul gong simbolik perasmian Niti Daun Gawai Dayak 2025 Daerah Subis, turut kelihatan ialah Datuk Rosey Yunus dan Dato Lukanisman Awang Sauni di Dewan Masyarakat Batu Niah hari ini.

BATU NIAH: Hampir 2,000 peserta yang terdiri ketua masyarakat dan penduduk kawasan Daerah Subis telah menyertai perarakan Gawai Dayak Niti Daun 2025 di Batu Niah, pagi tadi.

Perarakan sepanjang dua kilometer mengelilingi pasar Batu Niah bermula dari Dewan Masyarakat Batu Niah itu menjadi lambang perpaduan, mencerminkan semangat ‘Segulai Sejalai’ dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Daerah Subis.

MIRING… Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Rosey Yunus dan Dato Lukanisman Awang Sauni menyaksikan upacara miring sebelum perarakan bermula yang diadakan depan Dewan Masyarakat Batu Niah, hari ini.

Perarakan yang julung kali diadakan di Daerah Subis itu mengetengahkan unsur budaya Dayak khususnya komuniti Iban.

Perarakan ini turut menarik minat komuniti Cina yang menyertai perarakan yang diketuai oleh Penghulu Pui Kuan Phen bersama Kapitan William Thien, Kapital Chiew, Kapitan Ho dan Kaunselor Chong.

Terdahulu, semasa pelancaran perarakan Niti Daun Gawai Dayak, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menggesa mereka yang menyambut perayaan Gawai tahun ini untuk berbuat demikian secara sederhana.

“Sebagai sebuah negeri yang berbilang kaum, kita menyambut banyak perayaan. Kita baru sahaja menyambut Hari Raya, dan kini tiba masanya untuk menyambut Gawai.

Bagi mereka yang menyambut Gawai, saya menyeru anda semua supaya bersederhana dalam perbelanjaan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Rundi mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka bagi mengelak mereka terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah.

“Saya berharap ibu bapa sentiasa berwaspada dengan aktiviti anak-anak mereka supaya mereka tidak terjerumus dalam tabiat berkaitan dadah, yang boleh memusnahkan bukan sahaja masa depan mereka tetapi juga keluarga mereka,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis perasmian Niti Daun Gawai Dayak Daerah Subis di Dewan Masyarakat Batu Niah, hari ini.

Sementara itu, pengerusi penganjur yang juga pegawai daerah Subis Norlila Ulis berkata perarakan itu bertujuan untuk memperkukuh semangat kemasyarakatan melalui penghayatan budaya peribumi dan sosial di samping memupuk rasa bangga terhadap adat, warisan dan jati diri.

Tambahnya, acara itu juga bertujuan mempromosikan Niah sebagai destinasi pelancongan berasaskan budaya dan warisan.

Pada perarakan itu, Persatuan Ketua Kaum Suai Kemena zon telah dianugerahkan kerana mempunyai kontinjen terbesar dan paling bertenaga, dengan jumlah seramai 315 peserta.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Sibuti Dato Lukanisman Awang Sauni dan Pemanca Dr Ali Mudin.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 108 pertubuhan terima geran MRP RM1.16 juta
Next: Komuniti Senadin raih manfaat khidmat Mobile Service 2U

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.