
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga jam 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu membabitkan Perak iaitu di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Kuantan), Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Melaka serta Johor.
Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).
Cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah termasuk Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu).- Bernama