Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita Vietnam maut terjatuh dari tingkat 12 pangsapuri
  • KEMALANGAN

Wanita Vietnam maut terjatuh dari tingkat 12 pangsapuri

Utusan Sarawak 10 hours ago
SEKITAR lokasi kejadian mangsa jatuh bangunan.

KUCHING: Seorang wanita warganegara Vietnam disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Apartmen PR1MA Bintawa A8, di sini malam tadi.

Menurut kenyataan dari bonbaPusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.21 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

Komander Operasi, PBK I Pandi Seh menyatakan bahawa setibanya pasukan di lokasi pada 8.29 malam, mereka mendapati mangsa telah jatuh ke tingkat satu bangunan tersebut.

“Pasukan bomba menggunakan pengusung lengkap dengan kelengkapan PPE untuk mengangkat dan mengalih mangsa ke tingkat bawah bagi pemeriksaan lanjut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selepas pemeriksaan dilakukan, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 8.40 malam dan tamat sepenuhnya pada 9.25 malam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah beliau, seramai 11 anggota dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu unit Hilux terlibat dalam operasi tersebut.

“Turut berada di lokasi ialah anggota polis dan petugas KKM yang membantu dalam pengurusan mangsa dan siasatan lanjut.

“Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian,” ujarnya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh
Next: Lelaki cedera dilanggar lori ketika baiki kenderaan rosak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.