Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly, Thinaah mara ke final terbuka Thailand
  • SUKAN

Pearly, Thinaah mara ke final terbuka Thailand

Utusan Sarawak 21 hours ago
BEREGU wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke final Terbuka Thailand.

BANGKOK: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke final Terbuka Thailand selepas menumpaskan pasangan Jepun Rui Hirokami-Sayaka Hobara dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.

Pasangan ranking keempat dunia itu hanya memerlukan 45 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-12, sekali gus mengesahkan pertemuan menentang gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo di pentas final esok.

Terdahulu, pasangan Jeong-Lee terlebih dahulu menempah slot final selepas mengetepikan cabaran Hsu Ya Ching-Sung Yu Hsuan dari Taiwan dengan keputusan 21-17, 21-19.

Menurut Thinaah, mereka sedikit gugup pada awal permainan apabila terperangkap dengan strategi lawan pada set pertama.

“Selepas rehat pertama dan mendapat nasihat daripada jurulatih, kami kembali fokus kepada strategi sendiri dan dari situ, kami dapat menguasai permainan,” katanya kepada Bernama selepas tamat perlawanan.

Walaupun bermula dengan sedikit kesukaran, Pearly-Thinaah tetap berjaya menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-18 dalam tempoh 20 minit.

Selepas itu, mereka tidak menoleh ke belakang apabila menguasai sepenuhnya set kedua dan menoktahkan perlawanan dengan keputusan 21-12.

Pearly berkata selepas menyelesaikan beberapa kekurangan dalam set pertama, mereka sepakat untuk terus memberi tekanan kepada lawan, yang ternyata berhasil.

“Corak serangan dan pergerakan kami menjadi, sekali gus menyukarkan pihak lawan. Kami akan cuba kekalkan momentum ini menjelang final menentang Korea esok,” katanya.

Untuk rekod, pada Januari lepas, Pearly-Thinaah hampir merangkul kejuaraan sulung Jelajah Dunia apabila mara ke final Indonesia Masters 2025, namun tewas tipis kepada pasangan Korea Selatan, Kim Hye-jeong-Kong Hee-yong 12-21, 21-17, 18-21. 

Sementara itu, beregu lelaki bukan pilihan  dari Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer mencipta kejutan besar apabila menyingkirkan pilihan utama kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, 21-13, 21-12 hanya dalam masa 33 minit.

Pasangan ranking ke-75 dunia itu bakal menentang wakil negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam perlawanan akhir esok.

 – BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jangan ejek Trent Alexander-Arnold, rayu Salah kepada penyokong Liverpool
Next: Eze wira Palace juara Piala FA, kejutkan City

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.