
MIRI: Pihak berwajib diminta segera membaiki penutup parit rosak di tepi jalan raya di Taman Tunku kerana kerosakan ini sangat membahayakan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.
Seorang pengguna jalan raya, Maria Bidat, 42 berkata penutup parit di tepi jalan raya tersebut sudah lama rosak.
“Penutup parit hilang dan jika tidak ditutup lubang besar berkenaan boleh mendatangkan risiko kepada penjalan kaki,” katanya ketika ditemui hari ini.
Oleh Liong Chai Ling