Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fadillah umum RM560,000 baik pulih Rumah Panjang Sekuau, RM1.3 juta bina Dewan Budaya
  • Tengah
  • WILAYAH

Fadillah umum RM560,000 baik pulih Rumah Panjang Sekuau, RM1.3 juta bina Dewan Budaya

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK RAKYAT… Fadillah menyerahkan replika cek Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTI MADANI) kepada Penghulu Andrewson Ngalai Asom pada Majlis Sambutan Jubli Emas Skim Penempatan Semula Nanga Sekuau, hari ini.

SELANGAU: Beberapa rumah panjang di kawasan Skim Penempatan Sekuau bakal dibaik pulih dan dinaik taraf dengan peruntukan berjumlah RM560,000.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, berkata dana tersebut akan digunakan bagi kerja-kerja membaik pulih struktur rumah panjang serta menambah baik sistem pendawaian elektrik di unit-unit yang terjejas.

“Saya dimaklumkan terdapat 12 rumah panjang, tetapi semasa taklimat awal, jumlah unit pintu tidak dinyatakan dengan jelas.

“Kini, ternyata terdapat lebih 600 pintu. Jadi, peruntukan semasa mungkin tidak mencukupi untuk setiap unit,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Skim Penempatan Sekuau, hari ini.

Fadillah, berkata beliau telah berbincang dengan Pengarah Pejabat Kemajuan Negeri Sarawak, Jasni Jubli, dan memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM560,000 telah diluluskan untuk tahun ini.

“Saya serahkan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menentukan keutamaan projek yang perlu didahulukan.

“Diharapkan pembiayaan tambahan dapat disalurkan tahun depan agar semua isu dapat diselesaikan,” tambah beliau.

Pada majlis itu juga, Fadillah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.3 juta untuk pembinaan Dewan Kebudayaan di kawasan Sekuau, serta menyokong cadangan penubuhan tugu peringatan, seumpama yang terdapat di Kanowit.

Sementara itu, wakil penduduk, Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing, mengusulkan pembinaan Rumah Kebudayaan Sekuau sebagai usaha mengekalkan dan mempromosikan warisan budaya masyarakat setempat.

“Sekuau dihuni oleh masyarakat berbilang kaum yang kaya dengan budaya. Namun, tiada pusat rasmi untuk menghimpun dan memelihara warisan ini.

“Rumah Kebudayaan boleh dijadikan pusat latihan seni, galeri warisan dan tarikan pelancongan komuniti,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SJK(C) Kenyalang receives RM50,000 for school repairs
Next: Isu hak milik tanah Sekuau dibawa ke peringkat Persekutuan – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.