Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta Hyundai musnah terbakar di Bengkel Shell Jalan Kereta Api
  • KEBAKARAN

Kereta Hyundai musnah terbakar di Bengkel Shell Jalan Kereta Api

Utusan Sarawak 2 days ago

SITUASI kebakaran yang berlaku di di sebuah bengkel Shell milik Syarikat Bayu Timur, Jalan Kereta Api, malam tadi.

KUCHING: Sebuah kereta jenis Hyundai Hatchback musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran di sebuah bengkel Shell milik Syarikat Bayu Timur, Jalan Kereta Api, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.25 malam.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi kejadian yang diketuai oleh PBK II Abdul Hakim Supian selaku Komander Operasi.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Hyundai Hatchback yang terbakar 100 peratus di bahagian enjin.
“Tindakan awal pemadaman telah dilakukan oleh pekerja bengkel menggunakan satu unit alat pemadam api, namun api semakin marak dan gagal dikawal,” katanya.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari jentera bomba.
Oleh Amanda L

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Sebuah rumah di Kampung Bintawa Ulu musnah terbakar
Next: Kebakaran dapur, pemilik rumah bertindak pantas padam api sebelum bomba tiba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.