Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir terbuka Thailand
  • SUKAN

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir terbuka Thailand

Utusan Sarawak 22 hours ago
PEARLY Tan dan M Thinaah

BANGKOK: Hanya 34 minit diperlukan gandingan Pearly Tan-M Thinaah sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir, selepas mengetepikan wakil China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge pada Terbuka Thailand hari ini.

Pada aksi suku akhir di Stadium Nimibutr di sini, pasangan di ranking keempat dunia itu menewaskan Chen-Wang 21-14, 21-11 untuk menempah pertemuan dengan Rui Hirokami-Sayaka Hobara dari Jepun di separuh akhir, esok.

Terdahulu, pasangan Jepun itu menewaskan Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose dari Indonesia 21-9, 21-16.

Sementara itu, Thinaah berkata semalam, satu perbincangan secara mendalam telah diadakan bersama jurulatih mengenai persiapan menghadapi perlawanan hari ini.

“Kami gembira kerana rancangan kami berjalan lancar…dan ya, keyakinan sentiasa ada bahawa kami boleh melangkah jauh untuk memenangi kejohanan ini,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan hari ini.

Untuk aksi separuh akhir esok, Pearly berkata mereka lebih memberikan tumpuan untuk memperbaiki corak permainan berbanding membuat persiapan khusus menghadapi lawan mereka.

“Kami mahu mengekalkan momentum positif ini dan berbincang dengan jurulatih untuk bersiap sedia bagi perlawanan seterusnya,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia mampu raih emas acara regu di Sukan Sea Thailand
Next: Terbuka Thailand 2025: Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.