Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja penggalian punca gangguan bekalan elektrik di Bintulu
  • WILAYAH

Kerja penggalian punca gangguan bekalan elektrik di Bintulu

Utusan Sarawak 22 hours ago
PASUKAN teknikal SESCO menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi memulihkan bekalan elektrik. Foto SESCO

BINTULU: Kerja-kerja penggalian oleh pihak ketiga dikenal pasti sebagai punca kepada gangguan bekalan elektrik yang melanda beberapa kawasan di Bintulu pada Sabtu lalu.

Insiden berlaku apabila kabel bawah tanah yang disambungkan dari Pencawang Zon Bandar Bintulu rosak akibat kerja-kerja penggalian yang dijalankan di sepanjang Jalan Sultan Iskandar.

Syarikat SESCO Berhad (SESCO), cabang operasi dan runcit Sarawak Energy, bertindak pantas sebaik menerima laporan gangguan. Gangguan pertama berlaku pada 8.55 pagi dan bekalan berjaya dipulihkan di kebanyakan kawasan dalam tempoh 40 minit.

Pengurus Wilayah SESCO Bintulu, Hung Sing Ye berkata kawasan terjejas ialah Taman Sutera, Pine Avenue, Parkcity 4 dan beberapa komuniti berhampiran.

“Cabaran utama adalah keadaan tanah yang berlumpur serta tahap kerosakan kabel yang serius. 

“Namun begitu, pasukan kami terus berusaha dengan selamat dan berterusan untuk memulihkan bekalan secepat mungkin,” katanya.

KABEL bawah tanah yang rosak (ditunjukkan oleh anak panah merah) akibat kerja-kerja penggalian oleh pihak ketiga, menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Bintulu pada 11 Mei lalu. Foto SESCO

Bagaimanapun, kerosakan kedua pada kabel berlaku pada 11.57 pagi dan kerja pembaikan menyeluruh dilakukan sehingga bekalan pulih sepenuhnya pada 11.59 malam.

Bagi mengurangkan kesan gangguan, dua set penjana mudah alih telah digerakkan ke lokasi strategik termasuk Ibu Pejabat Polis Bintulu dan beberapa kawasan perumahan terpilih.

Jelasnya lagi, kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerosakan tersebut akan menanggung sepenuhnya kos pembaikan.

Pihak SESCO juga sedang giat melaksanakan langkah pencegahan bagi meningkatkan ketahanan rangkaian bekalan elektrik selain memperkukuh kerjasama dengan kontraktor luar bagi mengelak insiden sama berulang pada masa akan datang.

Oleh Amanda L

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MLNG salur bantuan kepada mangsa kebakaran rumah panjang di Sebauh
Next: Usaha laksanakan pembangunan diperlukan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.